Syira

Seniority:
Executive

Industry:
Architecture/Planning

Apr 23, 2018

0 hearts touched

Salah ker?

Hi,

Saya seorang wanita yang bekerja dalam industri yang dipelopori oleh golongan lelaki. Tetapi tidak bermakna saya harus bersikap seperti lelaki. Saya pelik dengan bos dan kawan-kawan saya di tempat kerja. Mereka juga berkahwin. Mereka juga ada isteri. Mereka juga ada anak. Tetapi mereka langsung tidak gembira bila saya mengandung. Bila mengandung mulalah saya dilayan bagaikan orang yang tak boleh buat kerja. Padahal sebelum mengandung okay jer. Bila dah ada anak bertambah masalah bila anak saya sakit dan memerlukan perhatian.

Kita manusia biasa. Hidup berkeluarga. Kadang-kadang anak sakit, jadi sebagai ibu kitalah yang kena jaga tetapi mereka tak paham.

Kalau mereka memang tak ada anak, tak ada isteri takpa. Tapi pelik mengapa susah sangat nak paham.

Saya harap sangat akta ni dapat diperkuatkan kuasakan agar orang seperti mereka paham pengorbanan seorang ibu dan isteri.