NIA AHMAD

Industry:
Government Relations

Mar 27, 2018

4 hearts touched

Macam kilang

Hi, nama saya Nia. Cerita yang saya kongsi adalah kisah yang 'terkena' pada sahabat saya sendiri. Dia berkahwin pada usia yang agak lewat. Sebelum berkahwin, hidup dan masanya memang hanya untuk kerja. Bila dia nak kahwin, bos siap cakap, kalau kahwin jangan ada anak pulak. Nanti ada anak, susahlah kerja.

Setahun lepas dia kahwin, dia mengandung. Sebaik sahaja mengandung, kebanyakkan kerja dia diserahkan pada orang lain. Semua mesyuarat dia tak dibenarkan pergi kononnya sebab dia mengandung.

Bos buat dia 'nampak tak nampak' sedangkan dia masih pergi kerja dan komited. Sampailah dia mengandung anak kedua, bos dan kawan-kawan lelaki suruh dia berhenti kerja duduk rumah jaga anak sebab senang, tak payah susahkan orang lain bila dia bersalin nanti.

Sahabat saya sedih, sepanjang dia kerja, dia begitu komited tetapi tidak dipandang dan apabila dia mengandung dia dilayan macam orang yang tak berguna langsung.

Dia terus berhenti kerja dan jalankan perniagaan online sebab tak tahan dengan sikap bos dan rakan-rakan lelaki yang lain.